top of page
Search

5 Design Hiasan Dinding Ruang Tamu Rumah

  • Pesona Penyeri
  • Apr 20, 2019
  • 3 min read

5 Kertas Dinding Wallpaper Ruang Tamu Rumah Terkini 2018 – Seperti pada artikel yang sedang anda baca di atas, Website Pesona Lapan Penyeri memberi tips kertas dinding wallpaper rumah dengan design yang terbaik dan menenangkan emosi tuan rumah. Di bawah ini adalah 5 Kertas Dinding Wallpaper Ruang Tamu Rumah Terkini 2018 yang mungkin boleh dijadikan ilham untuk dekorasi rumah anda agar menjadi kreatif dari sebelumnya.


Kertas dinding untuk ruang tamu sememangnya menjadi tumpuan utama para pelanggan dalam memastikan keadaan rumah menjadi tenang dan cantik dipandangan mata tuan rumah. Kertas hiasan dinding ataupun Wallpaper memainkan peranan penting dalam memastikan keceriaan suasana rumah lebih lagi di ruang tamu. Ruang tamu merupakan perspektif utama tetamu kepada tuan rumah sama ada sejenis yang kreatif ataupun sebaliknya. Ini antara faktor utama kita perlu memastikan ruang tamu menjadi cantik dan menenangkan jiwa. Kalau dah ada Wallpaper cantik mesti hilang stress di tempat kerja bila masuk rumah. Kepakaran dalam memilih wallpaper merupakan faktor yang penting supaya kita tidak tersilap langkah dan rugi sewaktu memilih kertas hiasan dinding yang terbaik untuk hiasan rumah. Ini merupakan antara design hiasan dinding yang dicadangkan untuk menghias ruang tamu rumah.


Selain itu, hal yang membuatkan ruang tamu kelihatan mewah di mata orang adalah dengan mempercantikkan ruang tamu dengan memasang wallpaper pada dinding ruang tamu. Penggunaan warna cat pada dinding ruang tamu sudah biasa digunakan oleh semua orang. Kita perlukan kelainan dari segi hiasan dinding supaya lebih kelihatan moden dan kontemporari dan mengikut peredaran zaman kini. Corak pada wallpaper perlulah diselaraskan dengan dekorasi interion ruang tamu rumah anda.


Tips supaya memudahkan anda untuk design hiasan dinding ruang tamu. Anda boleh menentukan terlebih dahulu mengenai tema yang akan di design nanti, kemudian anda boleh memilih gambar hiasan dinding yang sesuai, motif dan gambar wallpaper dinding seperti bunga, pola garis, mahupun yang lain. Memilih motif dan design wallpaper yang sesuai dengan konsep yang anda inginkan.


Di PESONA LAPAN PENYERI kami mencadangkan anda memilih 5 design yang paling sesuai untuk ruang tamu rumah anda. Disini kami memberi cadangan yang pasti membuatkan ruang tamu rumah anda meletop dengan design wallpaper yang pasti sesuai dengan interior rumah anda.


UNIQ-M

UNIQ-M adalah koleksi yang menghidupkan semula makna dan intipati reka bentuk klasik. Ia menghidupkan semula reka bentuk ini dengan pengenalan tekstur berani berwarna terang dan isyarat halus yang diambil dari trend terkini dalam reka bentuk Eropah.




HAVANA

HAVANA pula merupakan koleksi yang diilhamkan oleh ibu kota Cuba dengan nama yang sama seperti bandar yang pelik. Koleksi ini sungguh berani kerana ia bercanggah dan ianya mempunyai kuasa yang tidak terlihat melalui peralihan reka bentuk moden, asas dan klasik. Seperti bandar Havana, ini adalah koleksi untuk penemuan diri dan ekspresi diri anda.v


PARADISE

PARADISE adalah koleksi yang sangat pelbagai yang dibina menggunakan warna-warna, motif dan tema yang luas untuk menghasilkan garis dinding yang menggabungkan klasik dengan rupa moden. Sebagai koleksi, ia mempersoalkan garis yang kami tetapkan dalam masa antara sejarah dan masa depan.


SHARD

Merupakan pengumpulan yang berani diambil terus untuk mencerminkan inovasi London, dengan penggunaan berani dan tekstur warna yang juga kelihatan berani. Kemunculan kedua-dua melihat produk akhir yang melampaui apa-apa yang pernah kami hasilkan sebelum titik perubahan dalam konvensyen dan inovasi asas dalam reka bentuk, ini adalah koleksi yang dinamakan SHARD.


RAINBOW

Warna-warna terang, motif dan tekstur berkeksperimen dengan memberi laluan kepada dinding-dinding yang mengekspresikan gerak-gerik yang kuat. Koleksi terkini kami meneroka dan merangkumi kepelbagaian reka bentuk yang kami telah Nampak satu yang lebih tepat digambarkan sebagai Rainbow sangat sesuai untuk menceriakan ruang tamu rumah.



 
 
 

Comments


Tel: 09-6671396 / 012-4124080

PT 37771 Block C, Jalan Gong Pak Damat, Taman Desa Jaya, 21300 Kuala Nerus, Terengganu /

LOT L2-K05 Kompleks Paya Bunga Square Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu (UTC)

bottom of page