Kombinasi Terbaik Design Wallpaper
- Pesona Penyeri
- Apr 20, 2019
- 2 min read

Di Pesona Penyeri kami amat menitikberatkan kepuasan pelanggan. Jadi kami amat barhati-hati dalam mengatur design wallpaper supaya indah dan cantik di mata pelanggan. Kombinasi antara satu design dengan design yang lain amat sukar tapi Team Pesona Interior Design perlu kreatif menentukan kombinasi wallpaper. Kali ini kami akan kongsikan TIPS untuk menggabungkan design wallpaper di atas satu dinding agar kelihatan mewah dan cantik pada pandangan si pelihat.
TIPS UNTUK MENGGABUNGKAN DESIGN WALLPAPER
1. Lihat Keadaan Sekeliling
Pertama anda perlu lihat keadaan di ruangan yang hendak dipasang wallpaper. Contohnya, jika di ruang tamu pastikan penyusunan perabot sesuai dengan pemilihan wallpaper. Jika ruang tamu ataupun dapur anda terlalu “crowded” dengan alatan, anda perlu memilih wallpaper yang tidak terlalu bercorak kerana akan kelihatan berserabut dan yang paling penting bila anda melihat akan bertambah stress, hehehee. So, pilih wallpaper yang hanya bercorak garis dan design yang simple yerr. Boleh tengok gambar di bawah untuk rujukan.

Wallpaper yang simple sebagai contoh untuk keadaan ruang yang kelihatan banyak barangan dan alatan. Wallpaper yang simple boleh menenangkan si pelihat apabila selalu pulang kerja dalam keadaan stress.

Gambar di atas merupakan wallpaper yang bercorak sesuai dipadankan untuk ruangan yang tidak terlalu banyak alatan dan perabot. Ini merupakan perbezaan di antara corak di atas.
2. Warna Yang Sesuai
Seterusnya, anda perlu memilih warna yang sesuai untuk digabungkan. Misalnya, warna yang ada kaitan di salah satu wallpaper tersebut. Contohnya, jika wallpaper pertama mempunyai gabungan warna hijau coklat, wallpaper kedua juga mestilah mempunyai unsur-unsur warna seperti di wallpaper 1. Disini anda akan nampak kombinasi yang menarik dan tenang jika melihat kerana pemilihan warna yang sesuai di antara kedua-dua wallpaper yang ditampal.

Gambar di atas merupakan pemilihan yang menarik dengan kombinasi warna yang saling berkait antara satu sama lain. Sesuai untuk ketenangan di bilik tidur dengan warna yang tak begitu banyak dalam pada yang sama corak yang berbeza.
3. Pemilihan Corak Yang Sesuai
Antara teknik pemilihan corak yang sesuai untuk digabungkan anda perlulah bijak menentukan design-design yang ada di kedai untuk dipasang di kediaman anda. Corak berbunga perlu digabungkan dengan dengan wallpaper plain ataupun corak garis-garis. Kebiasaanya, corak bunga diletakkan di tengah-tengah. Manakala, corak garis di tampal di bahagian kiri dan kanan di antara corak berbunga. Anda boleh melihat gambar di bawah untuk dijadikan sumber rujukan untuk menghias rumah anda dengan wallpaper Pesona Penyeri.

Gambar wallpaper di atas merupakan contoh daripada penerangan di atas. Corak garis ditampal di bahagian kiri dan kanan manakala corak berbunga/berkerawang ditampal dibahagian tengah-tengah.
Di Pesona Interior Design kami menyediakan perkhidmatan pemasangan wallpaper secara percuma untuk pelanggan yang membeli wallpaper di kedai kami. Kami juga sedia untuk membantu anda dalam memilih dan menggabungkan wallpaper di kediaman anda dan juga di office mahupun di restoran. Anda boleh berkunjung di kedai kami di Kuala Terengganu.
Comentarios